Lima pasukan kesihatan digerakkan ke Long Jeeh, Ulu Baram di sini bagi tujuan saringan COVID-19 dan maklumat kesihatan awam di kawasan pedalaman berkenaan pada Jumaat.<br />Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga menteri bertanggungjawab JPBB Miri, Datuk Lee Kim Shin, kesemua mereka menaiki helikopter Hornbill Skyways berlepas dari Miri pada pukul 9.40 pagi.
